Makanan Kelantan Yang Akan Membuatkan Anda Terliur

Edit
1. Wajik @ Nasi Manis

Nasi manis atau dikenali sebagai wajik ini salah satu makanan tradisional Negeri Kelantan. Nasi manis ini merupakan sejenis pulut yang rasanya manis dan kebiasannya wajik ini di makan begitu sahaja tanpa lauk. Nasi manis ini juga mudah untuk didapati di Kelantan terutamanya di kebanyakkan warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi. Nasi manis itu juga digelar sebagai pulut pagi oleh orang-orang tua dikampung. Nasi manis ini akan dibuat sebagai pencuci mulut atau manisan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan. 

Wajik @ Nasi Manis (Sumber: Resepi Malaya)


2. Nasi Tumpang

Nasi tumpang yang memang berasal dari negeri Kelantan ini merupakan salah satu makanan yang unik disana. Nasi tumpang ini terdapatnya nasi dengan lapisan yang berbeza dan dibungkuskan didalam bentuk kon sebelum dihidangkan.Nasi tumpang ini akan dibungkus menggunakan daun pisang. Makan ini dahulunya merupakan makanan asas untuk petani di Negeri Kelantan untuk dibawa ke tempat kerja. Lauk yang ada didalam nasi tumpang ini ialah omelet,serunding ikan atau serunding daging,udang atau ikan masak kari,sambal cili dan timun.Setiap lauk akan diletak secara selang seli dengan nasi putih.

3. Kerabu Sarea

Kerabu Sarea yang merupakan makanan tradisional Kelantan ini merupakan sejenis makanan yang terdapatnya rumpai-rumpai laut. Rumpai-rumpai laut ini boleh dimakan dengan nasi. Bahan yang ada didalam kerabu sarea ini ialah rumpai laut bersama dengan sambal tumis,santan dan isi ikan. Walaupun ianya merupakan sejenis kerabu, tetapi ia merupakan sejenis kerabu yang agak leceh untuk dibuat kerana memerlukan bahan-bahan yang agak banyak dan juga perlu dimasak kerana terdapatnya santan dan isi ikan.

4. Nasi Kerabu

Nasi Kerabu yang sebenarnya asal dari Kelantan ini merupakan salah satu nasi yang unik kerana warna nasinya yang berwarna biru. Nasi kerabu ini dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,ulam,  keropok kering, jeruk, telur masin dan salad. Selain itu, anda juga boleh memilih lauk untuk dimakan dengan nasi kerabu ini.Walaubagaimanapun, nasi kerabu juga sering dimakan dengan solok lada dan keropok goreng. Nasi kerabu merupakan salah satu makanan yang sangat popular di negeri-negeri pantai timur dan nasi kerabu juga sangat mudah didapati di negeri-negeri lain.

5. Kuih Butir Nangka

Kuih Butir Nangka ini dibuat seperti pengat yang mempunyai kuah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan dan juga Terengganu. Kuih butir nangka ini dibuat dengan menggunakan beras pulut,santan dan nisan (gula melaka).Untuk mendapat warna hijau, daun pandan akan dikisarkan tetapi pada masa kini, kuih butir namgka ini bukan sahaja menggunakan warna hijau malahan dibuat dengan pelbagai warna. Kuih butir nangka ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya digelar kuih butir nangka kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka.

6. Pulut Panggang

Pulut panggang ini merupakan sejenis pulut yang mempunyai inti sambal ikan dan kemudiannya digulung dengan daun pisang. Selepas sudah selesai membalut, pulut panggang ini akan dibakar diatas bara api. Di Terengganu, pulut panggang ini di kenali sebagai pulut leppe namun yang bezanya pulut leppe berwarna seakan kelabu manakala pulut panggang berwarna merah keperangan dan lebih manis.

7. Akok

Akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan juga Terengganu terutamanya pada bulan puasa. Terdapat 5 jenis kuih akok, antaranya ialah kuih akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk dan akok pisang. Pada kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan. Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.

8. Mi Chambol
  
Mi Chambol merupakan salah satu makanan yang terdapat di Kelantan. Mi Chambol sangat terkenal dikawasan Pengkalan Kubor, Kelantan yang bersempadan dengan Thailand. Mee chambol merupakan mee yang bersup dan dicampurkan dengan bebola seafood dan mee yang digunakan pula kebiasaanya ialah mi kuning, Mi Hoon dan Mi Patthai. 

9. Sira Labu
  
Sira labu merupakan salah satu makanan bersira yang sangat poplar di Kelantan. Sira labu ini selalunya dimakan sebagai makanan santai petang dan sira labu juga boleh dimakan dengan nasi putih. Kebiasaannya, sira labu ini boleh dijumpai di majlis perkahwinan dan merupakan sejenis menu wajib.Rasa sira labu ini agak manis dan menjadi simbolik negeri Kelantan yang menyukai makanan yang manis-manis. Cara untuk membuat sira labu ini agak mudah.

10. Ayam Percik Kuah Putih
  
Ayam percik merupakan salah satu makanan yang cukup popular di Malaysia. Tetapi tahukah anda yang ayam percik di Kelantan merupakan ayam percik lain daripada yang lain kerana mereka menggunakan kuah yang berwarna putih. Rasanya ayam percik kuah putih seharusnya berlainan kerana rasanya yang sangat lemak dan rasa bau arang yang dibakar. Ayam percik kuah putih ini juga sangat popular di Kelantan.

Sumber: sini.com.my

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment