Orang Asli Di Malaysia Yang Pasti Anda Belum Tahu

Edit


Kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:
  • mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;
  • mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli; atau
  • anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.
Ada 3 Suku Kaum Terbesar iaitu:

1. Negrito (6)
2. Senoi (6)
3. Melayu Proto (6)




1. Kensiu (Negrito)

Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling, negeri Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong.



2. Kintak (Negrito) - 112 orang

Orang Kintak tinggal di kawasan pinggir di daerah Gerik, Hulu Perak. Satu ketika dahulu Orang Kintak suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Terdapat sebuah perkampungan Orang Kintak terdiri dari 25 keluarga yang berjumlah 112 orang.



3. Lanoh (Negrito) - 359 orang

Orang Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak negeri Perak. Satu ketika dahulu Orang Lanoh suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Kini terdapat 3 buah perkampungan yang berjumlah 359 orang.

4. Jahai (Negrito)


Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.
Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina.
Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.
Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan.

5. Mendriq (Negrito) - 82 orang

Orang Mendriq tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Mendriq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Sebuah perkampungan Orang Mendriq di daerah Gua Musang terdiri 14 keluarga yang berjumlah 82 orang.

6. Bateq (Negrito) - 1004 orang

Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.


7. Termiar (Senoi)


Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar
Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara Berhalaq (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.

8. Semai (Senoi) - 42,000 orang (terbesar)

Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

9. Semoq Beri (Senoi)

Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu Orang Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai 735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang. Di negeri Terengganu terdapat terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga seramai 185 orang. Daerah Kemaman berjumlah 2 buah kampung terdiri 69 keluarga seramai 284 orang.

10. Jahut (Senoi)

Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau – Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.

11. Mah Meri (Senoi)

Mah Meri bermakna “Orang Hutan” sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut “bersisik”. Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat ditentang asal-usul mereka, walau bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh. Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.

Mah Meri Cultural Village di Klang http://mmcv.org.my/web/



12. Che Wong (Senoi) - 417 orang

Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.

13. Kuala (Melayu Proto)

Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang melayu. Kebanyakkan perkampongan mereka kini terletak di dalam
Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian. Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di daerah Batu Pahat dari 5 buah kampung yang berjumlah 1309 orang dan 4 buah kampung yang berjumlah 214 keluarga yang berjumlah seramai 1018 orang di daerah Pontian.

14. Kanaq (Melayu Proto)

Orang Kanaq terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung Selangi.

15. Seletar (Melayu Proto)

Orang Seletar atau “ea Gypsies” merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.
Secara tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun perubahan dalam sosio-ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Kini mereka tinggal menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di Persisiran Pantai Selat Johor. Mereka juga menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang perindustrian.Mereka mengamalkan animisme dan ada di antara mereka yang telah menganut Agama Islam.

16. Jakun (Melayu Proto)

Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang

Sumber gambar @zaidiabidin 


17. Semelai (Melayu Proto)

Semelai adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.

18. Temuan (Melayu Proto)

Orang Asli Temuan adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto Malay). Mereka tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan di negeri lain.


Share on Google Plus

2 comments:

  1. Casinos & games Archives - DRMCD
    In the 출장샵 gambling industry, the gaming and online 제주도 출장샵 entertainment industry has become more and 경산 출장샵 more intertwined. In fact, there are a growing number ‎Gaming 제주도 출장안마 · ‎Entertainment · 화성 출장샵 ‎Contact

    ReplyDelete
  2. Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
    The Merkur 37c is an excellent short handled deccasino DE safety razor. It is more suitable for 출장안마 both heavy and non-slip hands 도레미시디 출장샵 and is therefore a great 토토 사이트 option https://jancasino.com/review/merit-casino/ for experienced

    ReplyDelete